Monday, October 23, 2017

Seoul, here I come #Part2

HAI!!!

Jumpa lagi kita utk blogpost kedua ni - Seoul, Here I come!!

Tunggu punya tunggu setiap masa setiap saat setiap detik fuh over nau, akhirnya tiba sudah masa utk berangkat.

Bertolak dari KLIA2 pada pukul 8 pagi. Dan sampai ke Seoul pada pukul 3:20 petang waktu Seoul.


Im so yeksaited!! even masa kat atas awan, aku tanya adah, wehhh sumpahh aaaa kita dah sampai seoul sumpah ahhh huaaa. Sebabnya aku dan adah pernah plan "jom pergi Seoul sama sama". Masa tu dalam 3-4 tahun yang lalu waktu studies. Tulah, kita merancang tapi Allah mmg dh tetapkan kitorang akan pergi bersama sob sob.

Urusan immegresen berjalan dengan lancar. Perfect. Lepas keluar dari arrival hall, terus cari tempat bas. Ni satu tips, korang harus research bas apa yang korang akan naik utk ke kawasan hotel kalian. Macam aku, kitorang akan ke bus stop Cheongdokgung, jadi bas yang dipilih ialah no 6011.

Kalau korang mmg blur, boleh sahaja pergi ke kaunter membeli tiket bas, dan tunjukkan hostel korang kat mana dan sekian. Dia akan cadangkan. Tapi come onlaaaa, korang plan lah halamak. Dah pergi jauh jauh dah invest banyak duit takkan takde proper plan. Please ehh gais.


Ticket bus costs 10,000 KRW. Sistem bas dia teratur jadi janganlah terlalu cemas.Bila korang naik bas je, captain akan bagi pelekat dan nombor. Jadi bila turun bas, bagi sahaja nombor tu semula dan captain akan ambil kan beg korang. HAIIHHHH AKU RINDU BETUL SUASANA SEOUL. Lepas dari ini, kami berjalan dalam 10 minit (Sbb ada beg berat kot tu yg lama hahahah), kemudian baru sampai ke hostel. Pastikan korang ada map ye kawan2.


Selesai check in- letak beg- solat, kami plan untuk rehat 1 jam kemudian baru berjalan ke myeongdong.

Benda pertama, pastikan korang ada T-money card and topup duit. Selama 8 hari ni, aku rasa habis 50,000 KRW untuk subway je hakhak. Kalau ada lebih, boleh refund.

Bagaimana nak menaiki subway? Download Apps subway korea. Put your location and where you wanna go. You gais will see the details, kat mana korang kena transfer dan sebagainya.

Untuk pengalaman pertama je korang akan pening. Kali kedua kali ketiga, kau dah boleh duduk seoul, Huhu.

Ada apa di myeondong? Ada barangan kosmetik, dan a few souvenier shop anddd street foodeyyy.












Sis malas nak up banyak gambar hahahaha tapi korang boleh pergi ig kakmun @nrmuniraaaaaa ok?

Dekat myeondong ni juga, korang boleh beli stokin yang famous di korea ni. 10 = 10,000KRW and free 1. Banyak jugak design yang menarik dan kualiti yang baik. Sebelum korang keluar dr exit 5/6, korang akan nampak kedai bawah tanah hahh kat situ ada stoking design cecantik jugak. hehhee

Dari segi cosmetics, banyak promo yang mcm beli 1 percuma 1. grab peluang tu and kalau dia jual bundle, korang bahagi dengan kawan2 korang so dapatlah sorang sikit instead of beli bundle mcm tu. Ok?


So, mari balik. Sudah penat.







Trip ke Seoul, Korea #Part1

Mengembara di bumi Seoul adalah impian aku sejak dari dulu. Dan akhirnya setelah berpuluh puluh plan tak kesampaian, aku akhirnya berada di bumi Seoul pada 29th September 2017. Im so gonna remember this date.

Bila dah selalu kaji pasal Seoul, akhirnya aku nekad untuk pergi juga tanpa menggunakan agency. Benda paling susah nak dapat masa tu adalah kepercayaan dan keyakinan mak bapak untuk lepaskan aku pergi bersama kawan2.

Haihlah. Cerita dia bermula sejak trip yg aku plan bersama kawan kawan bersama Agency yang kitorang survey di instagram tak kesampaian disebabkan kitorang kena tipu. Aku dah give up dah masatu. Tiba tiba kawan2 *(kami berempat) aku ni ajak jugak. Apa kata kita pergi jugak since parents tak tahu kena tipu.

HMMMMM. Aku pun bagi syarat, ok tapi make sure beli tiket flight dulu baru kita plan to the very detail. Aku buat kerja gila, lepas dah beli flight ticket baru cari masa bagitahu parents. huhu

Sumpah susah nak dapatkan kebenaran mak bapak, but i guess dua's gonna work. make a lot of dua supaya Allah bukak pintu hati mak ayah untuk benarkan korang pergi. The reason why dorang tak bagi, sbb dorang tak tahu seoul tu mcm mana, keadaannya- everything.

Jadi tugas aku, aku buat itenary to the very detail. tell them how you gonna go from one place to another. Keep them updated 24 jam. InshaALLAH dengan cara tu, dorang akan lega dan rasa lebih selamat sbb kau sentiasa update.

Aku tak salahkan parents aku for being too protective, mungkin nnt aku dah ada anak, aku akan rasa benda yang sama. Even kedegilan aku untuk teruskan trip ni pun, aku takut anak aku akan inherit bahaha.

Apapun semuanya telah berjalan dengan lancar.

Untuk blogpost pertama ni, biar aku cerita serba sedikit tentang transport, penginapan, dan makan minum.

Trip ni selama 8 hari 7 malam 

Flight ticket = RM 1300++ (Air Asia X , no promo)
Hotel= RM 450/PAX
Wifi = RM 15/ day , deposit RM200 (total bahagi dengan 4 orang).

*Wifi yang digunakan disewa dari Malaysia iaitu Travel Recommend. Datang awl untuk ambil wifi dan jangan lupa check everyhting termasuk charger , password dsb. Wifi connection mmg superb. korang boleh buat live di instagram, update story doploh pat jam woww woww woww ameyzeng*

Dari segi makanan, kami banyak jugak bawak bekal dr Malaysia mcm jenama brahim ke. Kalau nak jimat beg, rancang dengan kawan2, share satu meal dua orang. Jimat beg dan jimat duit. Think wise sbb bg aku kalau backpack tak sesuai nak bawak banyak sgt barang. Tapi dah namanya wanita... gitule..

Masuk website travel recommend and you gonna see this.

For the hotel, we stayed at Hostel Tommy which is located at jogno-gu. Tempat ni dekat dengan insadong and palace location. I recommend dekat kawasan ni sebab tak terlalu riuh, selamat inshaAllah, subway is only 300 m away by foot. Im gonna show you guys the hostel. Sat na..





Hotel mmg comfortable. Dalam gambar mmg exactly bilik kami. Wifi ada and with the private bathroom so sgt senang untuk girls okay yang complicated ni. Breakfast disediakan. Tommy and staff are really helpful. Hais, korang datanglah sini untuk experience sendiri.


See you on the next post!!

Xoxo, Mun.






Saturday, April 22, 2017

4 Days to go


Ambil mood convo boleh kot. Hikhik


Apa yang paling penting dalam hidup? Family.

"Kalau apa apa jadi kat mak ayah, utamakan adik beradik dulu :') "



Monday, April 3, 2017

Perth, Western Australia



The 5 days and 4 night in Perth with my parents and my sister's family.

Boleh tak nak kata ini ibarat impian menjadi kenyataan dapat hangout with my eldest sis!!! Since 2007 (after she's got married), mmg tak pernah langsung holiday sesama luar malaysia.

Apepun, Alhamdulillah.

The journey that took 6 hours? Maybe. Arrive in Perth around 4pm.



The first day in Perth, the weather is chilly. Bila check temperature kat google almost 30 degree celcius R YOU KIDDIN ME

Tapi bila sampai sana, its not that sunny instead its windy!! Matahari ada tapi tak rasa panas. Haa cane tu?

Stayed in Season of Perth Hotel.

Makan malam di restoran yang dimasak oleh orang melayu. 2 minit jalan kaki dari hotel. The first day just going sightseeing around the city. Kedai mostly tutup awal around pukul 6pm Except ada certain hari akan tutup pukul 9! But i love the weather hereee huaaa

The second day, we heading to Kings Park and Freemantle.







Kings Park got  very superb view tak tipu. Tapi kalau angin dia datang bertabahlah.

Heading to Freemantle menaiki ferry. It took 1 hour 40 minutes. Tapi kalau drive 20 minutes je ahahaa.


Untuk yang nak shopping souvenier memang dekat freemantle. In freemantle ada 2 markets; E shed market and Freemantle market.

Kalau nak beli souvenier jangan think twice tapi beli sahaja kat E Shed market. Di Freemantle market lebih kepada pasar seni. Dia banyak jual barang2 kraftangan. Harga mahal jugee. Dan disini banyak jual stuff like kekacang/ buah buahan/ sayuran/ coffeee.

Kalau di E Shed market pula, beli kat kedai makcik yang asal indonesia rasanya. Kedai dia sahaja mmg samapi 3-4 kedai kat situ or moreee. Baju belambak lambak. Kalau nak hidden gems cari lagi belakang lagi belakang lagii belakangggg haaaaa nnt nampaklah offer yang terlalu mengarut disitu lol





Heading back to town by bus. It took 20 minutes. On the halfway we stop by at one of the famous place just to watch a black swan.

Makan malam- tidur.

Hari ke- 3, kitorang melawat the famous animal in aussie!! Kangaroos/ wombat / Koalas at Caversham Wildlife Park.






The fourth day, heading to Mandurah for dolphin!! Kat sini 50-50 lah. Dolphin mungkin muncul mungkin tak muncul. Menaiki boat dalam 45 minutes. Rezeki kurang baik, cuma nampak 4-5 dolphin ajeee aduhaii. Lunch at Cicerello's. Fish and chips hidangan utama. Muak. hahhaah


The fifth day, aktiviti bebas sampai pukul 12 and terus pergi airport check in.

Tapi kebanyakkan aktiviti habis around 6. So almost everyday akan jalan kaki sendiri sendiri pergi bandar. Duduk kat hotel je nak buat apa kan.. bosan hahaha. Kat perth ni macam takde apa sangat nak beli. Kalau ada pun stuff mcm perfume, bolehlah. Yang lain tak murah sangat pun. beshe beshe je. But it really a good place to chill out hihuu.



Love, Mun.



Sunday, March 26, 2017

Orang tak faham


Memang sometimes or most of the time aku rasa give up gila dgn job aku.
Aku penat kena cepat2 solat.
Aku penat kena takut2 solat.
Aku penat nak kena takut untuk benda yang wajib untuk aku buat.
Aku penat and aku nak nangis juga!!! huhu
Aku manusia juga..
And bila kau rasa penat tu, kau mengharapkan orang utk faham kau and comfort kau.

You did a good job.
You almost there...
You got my back!!
Jom makan..(lol)

Tapi kalau orang takleh nak comfort kau, kau comfort lah diri kau sendiri

Ya allah tak pyh pathetic sangat munnnn.
(Ya Allah please find me a better job than this T.T)


Emo, Muni

Would you?



Would you do the same as much as I could do for you?

I hope so..


Thursday, March 23, 2017

Beautiful Life

💚 Current obsession 💚


It’s a beautiful life
I’ll be by your side
It’s a beautiful life
I’ll be behind you
Beautiful love
If I am with you under the sun
Even just breathing feels good
...
It’s a beautiful life
Beautiful day

💓

Sunday, January 15, 2017

My 2016


I know its 15 days late but Happy new year everyone.

Finally, we leave 2016 behind and looking forward for 2017.

One year ago, i wish to soon finishing my degree, finding a job etc etc.

Alhamdulillah, Allah has made some of my plan possible.

Benda yang dulu tak make sense langsung, sekarang bila pusing balik, semuanya jadi make sense.

As cliche as it might be, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk hamba hambaNya. 

Betul orang kata, manusia akan belajar sesuatu bila dia jatuh terduduk.

Lalui hari hari kita dengan sentiasa melakukan benda kebaikan.

Jadi sepositif mungkin sbb dengan positives vibes, kita boleh buat org lain happy.

"Asal nak buat org lain happy?" Cause you feel good  by doin kindness.

Do something... atleast for yourself. Bukan untuk orang lain.

Terima kasih untuk hari hari duka yang lalu. Terima kasih untuk masa masa sukar yang lalu.

Dan.. terima kasih untuk hari hari bahagia pada masa akan datang. 

Love, Mun.



Cerita


Kawan yang baik akan simpan gambar kawan dia yang buruk. lol.

Aku suka gambar ni. Gambar ni memory.

dan ada cerita..