Sunday, May 22, 2016

Percutian di Sabah bah

di suatu senja yang hening, ayah call

'Muni, sabtu ni nak pergi sabah tak?'

aku be like ....

mana taknya, dalam kepala aku, fyp tak siap lagi!!! cuti sem ni baru berazam nak fokus sungguh2. Macam mana nak berjalan kalau hati tak tenang?? Tapi dalam masa yang samaaa dah lama gilaaa nak pergi sabah! nak tengok pantai pantai cantik. nak tengok new zealand tiruan. nak makan seafood murah!! nak tengok jejaka sabahan omegod omegod. 

tapi bila fikir balik (sepatutnya aku tak perlu fikir punn hewhew), daripada aku stress lebih baik aku pergi bercuti. Tenangkan fikiran. Kalau seminggu duduk rumah pun belum tentu aku buat kerja.So, OK, call! (dalam kepala, mampuslah fyp takde progress hahahhahhaahahah ha hah haT.T) Eleh! bercuti bercuti pun i bawak laptop tau. Sisgigih (tapi bawak jela kan...)

yaaa, sabar! nnt aku banjirkan gamba disini. Percutian yang ambil masa dalam 5 hari 4 malam. 

Hari pertama sampai di sabah lebih kurang dah nak maghrib. Jadi tak banyak aktiviti pada hari pertama. Cuma malamnya, makan malam di sebuah restoran yang ala ala lauk melakaa. hahaha. Baik pergi melaka je kannnnn. sila cry. hakhak. 

Laut china selatan ni takkan mampu untuk pisahkan kita! take note! 

Belanja makanan yang dihidang sepanjang dalam pesawat MAS.

Menginap di Sky hotel Kota Kinabalu. Cantik gila hotel ni! Macam konsep apartment and semua perfecto. Okay! aku nak share jugak gambar hotel dan bilik. Nak tulis panjang2 buatpee, korang bukan nak baca pun. Huhh

Ruang tamu. Seriusly aku kena explain yang ni adalah
ruang tamu????

and this is my bilik. Yup saya punya sorang hakhak. (Overall 2 bilik)

Kat bahagian paling atas hotel boleh tengok view indah macam ni. Tapi awak jangan risau, sbb awak
sorang je view saya yang paling indah. K pergi tampar diri sendiri sbb awak sangat bertuah. 

Jangan risau! wifi dalam bilik ada and super lajuuuu selajunya saya lari kat awak bila awak panggil.

Asam pedas, sup shark fin, butter prawn and teh c peng wuhuuu. Ke- melaka-an sangat kan menu ni? Hukhuk

Hari kedua, misi menjelajah pulau pulau yang terkenal di sabah. Antaranya sapi island dan manukan island. Untuk dinner, akhirnya barulah dapat makan seafood. weh sedap gila tak tipu. seafood dia besar besar. Harga sebenar tak tahulah sebab bukan denn yang bayo. Tapi cengginiiii hah (buat thumbs up).

Pagi pagi cuci mata dekat 'bukit bendera' Sabah. Nampak view Kota kinabalu dari atas.

Ni kira macam terminal before gerak ke pulau sapi dan manukan.
Tapi aku bukan naik ferry exclusive tu, aku naik boat kecik je. Hm.

Welcome to Pulau Sapi!! Hurayy . Layer of blue shades there.


Pulau Manukan

Mari sini mari sini! Dah lama sangat awak sesat, mari pegang tangan
saya wahai jodoh. Iklan jap gais iklan... 

Dinner time!!!! 

Cun tak ni? Okay! angkat satu!


 Kan aku dah kata seafood dia besar2!!

Hari ketiga, menjelajah rumah terbalik Sabah, jambatan tamparuli Sabah, Poring Hot Spring station, Tagal Sg. Moroli, Desa Cattle Sabah. (Wow, dapat ingat tempat tempat ni wow! ). Kira satu harini duk naik bukit turun bukit jelah. Nak dijadikan cerita, agak tak lucky sbb tak dapat nak tengok gunung kinabalu akibat kabus yang tobal. Sodih. 

Rumah Terbalik Sabah. Dalam tu no camera! pandai
pandailah kau survive.
Nak tengok gunung kinabalu tak dapat. Sis pun tangkap dgn gunung yang
ada depan mata.

Jambatan di tamparuli~~ haip! Siapa suruh bace? nanyi..

Finally, desa cattle kundasang.  

Baru aku tahu yang kabus setebal alam depan tu blh nampak gunung kinabalu. Itupun lepas kawan aku haplod gambar kat tempat yang sama macam ni! Murung lagi. Dekat sini, ada business jual susu, waffle etc. Anda juga boleh lihat lembu lembu new zealand berkeliaran kalau (KALAU) anda bertuah. Ikut timing lah. Kalau cun, jumpa. Kalau tak, kau chill k. Next! 

Tagal Sg. Moroli.
Kat sini ikan2 ni akan makan kuman2 kat kaki korang. Nak masuk bayao 5 hinggit tak silap. and blh spent dlm 20 minutes je dalam tu (because dia limitkan orang untuk sekali masuk). Apa yang bagusnya, ikan ni tricky skt. Bila kau bagi makanan kat dia, baru dia datang dan gigit kaki kau.Selagi kau tak bagi makanan, kau jangan harap ikan ni jual murah kat kau. Hm. Aku? Sorry sis geli angat. ahaks. And yes, you have to purchased for that fish punya makanan.



Layannn pisang goreng cheese panaih panaih. Lepas tu kau tanya kenapa kau tak kurus kurus. vahvah Mun.


Lepas dah habis jelajah semua, akhirnya kami turun semula ke kota kinabalu. Masa tu dah nak senja. Tiba tiba ada rezeki untuk melihat gunung kinabalu dengan jelas. Jadi, park kete tepi. Cari tempat cun dan snap. Tapi sayang x nampak muncung kinabalu tu. Anyhow it was great. Subhanallah. 

Hari keempat, melawat tempat pelancong. Serius shit tak ingat nama tempat ni tapi as introduction, tempat ini memperkenlkan kita pada kaum2 yang terdapat di sabah sarawak. Cara hidup dan sebagainya. Nice experience and ofkos its expensve sbb tempat pelancongan kan..


Suku kaum bajo (bajau)
 Dalam perjalanan pulang, singgah tempat yang awesome ni


Serius terlampau cantik view dia. nampak awan berarak je. Excuse my quality gamba yang very the low. ahaks. But thumbs up for the view. 

Okay itu shj sis mun nak share pasal sabah. Saje buat bahan nak cte kat anak2. Tetibe.. hakhak. Ngantuk ni , current time 00:25 am. Nite!


Semoga ketemuk lagi yaa,
MunMun.





No comments:

Post a Comment