Friday, June 3, 2016

Jaga


Jaga Allah dan Allah pasti, akan, dijamin, sudah tentu akan menjaga kita kembali. Seribu kali ganda mungkin.

Kadang kita rasa hopeless, kecewa, marah, sedih. Tapi bila kita fikir itu ketetapan Allah terus kita automatically stone, tak mampu nak berbuat apa2. Seribu satu benda bermain dalam fikiran demi mendapatkan sebuah jawapan kepada suatu persoalan.

Korang pernah tak ada dalam situasi ni?

Bak kata uztaz yang aku kagumi, walau kta marah macam mana pun pada seseorang atau pada sesuatu benda, (Bayangkanlahhh rasa marah gila buat kau nak maki hamun orang hmm). Tpi hakikatnya semua ujian itu datang dari Allah. Orang yang kita marah, atau situasi yang membuat kita tertekan, itu cuma asbab sahaja. Itu cuma suatu perantaraan tapi hakikatnya, semua itu datang dari Allah.

Aku kagum sangat dengan kata indah uztaz ni, bila kita sampai satu tahap at our very lowest point dalam hidup (some ppl may have gone thru this, some may not, and some may will), saat kita tak mampu berbuat apa2, saat kita stuck dalam hidup, saat kita jadi 'tak sangka' situasi ni akan berlaku dalam hidup kita, sebutlah Innalillah wa inna ilaihi raji'un.

Bayangkanlah saat kita lelah dan penat. Seolah dunia tidak lagi berpihak pada kita. Dan pada waktu itu juga kita tahu, Tuhan tak pernah tinggalkan kita. Kita susah atau kita sedang senang, Allah sentiasa perhati kita. Tapi, kita manusia, hanya sedar kehadiran Tuhan saat kita ditimpa musibah.

Semua benda pun datang dari Allah. Allah nak ajar aku, kau, dan kita semua dan selagi kita tak belajar dari kesilapan, Selagi kita tak ambil pengajaran dari situasi yang jadi pada kita, selagi itu kita akan lemas dan sentiasa lemas dalam keadaan yang sama. Cuba ajar diri sendiri (tak lain tak bukan, especially diri sendiri), untuk sentiasa lihat yang baik, lihat yang hikmah.

Tuhan tak pernah sia siakan hambaNYA :') and for that it makes me cry. uhukss

Nangis tutup muka plus malu dengan Allah,
Munira.





No comments:

Post a Comment