Orang kata, bila kita bekerja, kita akan semakin lifeless. Takde life lah.
balik kerja pergi kerja tidur and repeat.
Tapi bagi aku, aku dah biasa. Aku start keje masa umur aku 17 tahun lepas SPM. Masa tu eager nak kerja. Tapi malu nak minta kerja dari satu kedai ke satu kedai hahaha. Yelah, dulu selekeh je kot, confidence pun tah pape je. Masa tu ada satu kereta je kat rumah (i mean selain kereta parents,) iaitu kembara.
Lepas SPM, aku minta kerja kat Guardian at Parkson klang parade. Manager dia kata takde kerja kosong lah sekarang, aku dah kuciwaaa sbb sblm2 tu dah puas merayap cari kerja hahhahah,
..tapi ada warehouse kat Centro Mall .
Awak nak cuba?
Awak boleh ke kerja dari pkl 9- 10 malam 2 minggu berturut turut?
Masa tu i dont care dah. YE YE SAYA NAK. Saya tak kisah. hahahah confident.. sekali baraiii !
Bermulalah episod kerja yang tak ada life tu. Selama 2 minggu aku bertahan dari pagi sampai malam lepastu rehat bertemankan roti sbb tak byk masa rehat. Kemudian masa tu aku belajar allocate masa utk solat. Sbb customer terlalu ramai jadi kena betul2 pandai allocate masa utk rehat dan solat.Belajar disiplin. Kemudian, bila tutup kedai pukul 10 bukan bermakna kau boleh balik pukul 10!! Stay lagi atleast 11 baru dpt balik. Orang yang familar dengan centro mall mesti tahu keadaan di sana mcm mana. Malam2 ada jeee orang mabuk. Aku pulak biasanya parking mmg jauh atas bukit.
Belum lagi dengan cabaran bawak kembara (manual) yang semakin hari semakin tua. hahahaha.
Bila org kata kau tak pernah susah lah mun. korang silap...
Lepas habis warehouse selama dua minggu, Kak mas (manager) approach aku. Awak nak sambung kerja tak dekat kedai?
Aku rasa masa depan aku bersinar sinar masa tu... rezeki ada depan mata. Walaupun kerja mmg tak seberapa... hahahahha
Aku: nak nak! saya nakkkk
Aku sambung lagi kerja sampai bulan 5 ke berapa... yang pasti sebulan sebelum aku sambung belajar di UiTM Arau.
Sepanjang kerja selama berbulan bulan tu, aku belajar kenal banyak2 manusia. Dari mcm mcm background. Aku rindu zaman aku blh bercampur macam tu. Penat mmg penat lagi lagi tak dibenarkan duduk lahaiii. Kena marah dengan customer? Tak perlu cerita...
Aku ingat lagi saat pertama aku dapat rasa pegang duit gaji sendiri. Masa tu, benda pertama yang aku beli MP3. Masa tu mmg zmn hot2 lah pakai mp3. kamonn.. hp cikai je kot. hahahhah mcm vuduh je kan.. tapi .. a little things that makes people happy. A little things that makes me happy.
Lepas habis diploma, aku sambung lagi kerja as promoter tp dekat parkson pulak. Barai jugaklah byk restriction kat sana. tak suka... tp masa tu aku kerja sbb aku nak bayar hutang seseorang. Sbb aku dh rosakkan barang kawan aku, and nilai dia around 700 hahhhaha. hahahahahhaahahahh padan muka muniraaaaaa hahahhahaha
Lepas habis degree pule, aku dapat internship at Northport malaysia bhd. Pishang gilaaaaa kerja kat situ. Selama 4 bulan lebih sumpah aku tak tahu aku dapat apa je kat sana. Serius aku sedih. Orang dpt mcm2 ilmu time praktikal, Aku? Kirim salam...
Terima kasih mak sbb selalu dengar kekecewaan aku sepanjang praktikal hahaaha.
Takpe. aku sedapkan hati aku. Kalau rezeki aku bukan kat internship mungkin rezeki aku kat pekerjaan yang akan datang. Aku pun mula berdoa, tolonglah aku tak kisah apa jenis kerja pun janji aku nak kerja, aku taknak mereput kat rumah, taknak buang masa kat rumah. Aku doa.. dan terus berdoa. hahaha
Aku banyak apply kerja melalui jobstreet. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak iv dekat cyberjaya. Masa tu aku tak kisah pun apa job, bila orang tu call, aku main cakap jee ok ok kat mana?
tak tanya kerja apa... main okay jeee hahahhhaha
Alhamdulillah aku berada di company yang mana kitorang (bdk2 jasin) pernah datang utk site visit dlm berbulan sebelum tu. Masa tu semua orang dtg dan bawak resume EXCEPT MEEEE. Sbb aku mmg blur skt benda benda macam ni. Lagi pule, aku tak blh fokus 2 benda dalam masa yang sama. Lps habis internship baru aku all out cari keje.
You know... go with the flow.
Aku taknak skip any part of my life.
Belajar, Praktikal, Kerja.. Settle down :)
Bila orang tanya, kau kerja bidang CS tak?
Kenapa kau tak kerja bidang CS?
Kau kerja shift eh? (bcs ppl bragged about office hour dia)
Aku tak kisah...
Even sekarang kerja aku shift, tp kalau aku pusing belakang balik waktu internship, aku tahu peluang ni lebih baik dari dulu. Mungkin sekarang macam ni. Tapi siapa tahu akan datang?
Rezeki Allah bagi lain2. InshaALLAH mula dari bawah, tak kisah apa perkerjaan pun, Yang penting berbakti dan niat kita. InshaALLAH...
Sekarang mungkin nothing make sense. Tapi nnt 2-3 tahun akan datang everything will make sense. Orang yang kita jumpa, datang dan berlalu pergi. Pekerjaan yang kita ceburi dan kemudian kita tinggalkan. We will see the dots connected perfectly once kita toleh belakang.
Dan masa tu, kita akan cakap .. Tuhan, aku bersyukur dengan semua semua semua yang engkau takdirkan bagi aku :')
Jom, kita lihat on the bright side :')
Terima kasih ayah yang ku sayangi. Dia selalu kata try je kerja apa apa yang penting first job tu is all about pengalaman. Terima Kasih !!



















