Tuesday, March 29, 2016

Kertas Peperiksaan Terakhir 2016

17 January 2016



Harini adalah kertas peperiksaan terakhir saya pada tahun 2016 untuk payper image processing. Tinggal lagi 3 hari untuk presentation FYP. 




Oh yes!


If you understand, and you show that you understand,
you can love, and the situation will change.
In Sha Allah 





Italy

2 FEBRUARY 2016

13 hari 9 malam berkampung di Italy !

Dari Rome- florence- Pisa- Venice- Milano- Verona- Monte Carlo- Nice- Cannes. Mun X Italy! Oh yeahh~~Alhamdulillah



Colesseum, Rome

Verona (House of juliet and romeo)

Florence

Milan

Leaning Tower of Pisa

Venice Island

Monte Carlo, Monaco

Monaco


Nice, france

Cannes, france

Aku tak tahu apa yang perlu diceritakan. if you have any doubts, feel free to ask. Hee

Love, mun!



Monday, March 14, 2016

Limit


No matter how much you want to believe it.
No matter how much you want to trust on anything or someone.
Always put a limit to yourself.
Never be too.. naive


Sunday, March 6, 2016

New Year 2016

31 December 2015

How did i spent my new year 2016? Basically dengan 4 orang manusia bawah ni di Dataran Pahlawan Melaka. Terima kasih cintun.





Terima kasih untuk setiap kenangan. Especially yang pahit (okay tipuu hiks!). Take care gaisss




Friday, March 4, 2016

Majlis Pra- Graduan (MPG)


Aku tak pernah write up about my MPG sebelum ni sbb sumpah takde mood. Banyak sangat benda yang perlu diutamakan  sebelum benda ni.


Baiklah! MPG untuk UiTM Jasin telah diadakan di Hotel Ramada, Melaka pada December 7, 2015. Tujuan majlis ni adalah untuk celebrate final year students yang tgh stress utk fyp! Saya stress! Tp sy berjaya harunginya! Terima kasih Allah! Terima kasih untuk doa doa mak ayah :')

Gambar di bawah sekadar buat syarat. Mana tahu lepas 10 tahun bukak blog tetibe terkezut tgk zaman mudi. Aher aher. 

Gabungan turqoise and dusty pink
Dearest Housemate
Dearest Classmate




Pengalaman Nak Diet

Macam mana nak kurus? Macam mana nak stay fit? Well obviously aku bukan orang yang 'layak' utk ckp tentang kurus, body, fit or apa apa yang seangkatan dengannya sbb BELUMMM PERNAHHH FIT!!! Sedih!

Tp aku nak cerita ttg experience aku selama 23 tahun hidup and dalam jangka masa tu dah berapa banyak kali aku cuba untuk diet.

First, masa aku form 1. Masa tu aku berjaya turunkan berat sampai 45 kg! Apa aku buat? Hahahah. Actually aku tak usaha apa2. Yang aku tahu masa tu aku sedang alami fasa stress. Stress dgn kawan2. Well biasalah tu kan mas sekolah menengah. Sebab kan stress tu, aku selalu ikut mak aku puasa isnin khamis and bila time berbuka aku makan nasi sikit gila. Lepas aku hbs makan, aku terus naik solat semua. Boleh dikatakan aku x byk cakap dengan family. Aku selalu buat hal sendiri. Tapi, sebenarnya semua benda ni aku tak realise pun. Semuanya diluar sedar 😞😞😞 tuptup 45 kg kauu!

Diet aku yang kedua! Sebelum aku nak masuk diploma dkt UITM Arau. Masa tu nekad gila nak kurus! Jadi setiap malam aku akan cycling dekat kawasan rumah aku ni. Mmg power gila berbasikal sbb dah jadi routine hari hari. Lepastu minum air banyakkkk sangat. Minum air tu wajib gais! Bayangkan je air kencing yang keluar tu nnt semua lemak lemak kita. Masa tu body shape up sgt best! Tapi usaha tu semua terhenti bila start masuk Uitm. Hampess 😞😞😞

Diet yang ketiga adalah waktu habis semester pertama diploma. Masa ni nekad jugak nak back in track sbb tgh patah hati masa tu. Hewhew. Masa sem break, almost setiap hari exercise. And masa ni aku amalkan diet atkins. Sumpah menyesal amal diet ni. This type of diet sangat tak sesuai untuk segemuk munira 😢😢. Iya, badan masa tu kurus. Diet atkins ni diet yang makanlah apa sahaja protein tp menolak karbohidrat and in this case tak makan nasi. Dah lebih 2 bln tak makan nasi (kannn? I iz oso cannot percaya myself) Mmg kurus tapi derita lepastu berat yang turun bukan kekal pun. Itu yg lagi frust tuuu..

Diet yang kelima ( yup 5, yg keempat tu kalau boleh nak simpan sndr 😂). Yang kelima ni waktu aku start sem 4 degree. Whats my turning point? Masa ni rasa sangat gemuk. Tak boleh jadi. Bila tangkap gamba ya tohan besar gila aku! Baju? Takyah cte lah muat tak muat! Bosan!! Erkkkk! Tapi, GAISSS INI DIET GUAAA YANG PALING JADI DAN KEKALL!! Faham tak happiness! Finally i hv found the keyssss! Ohoksss. 

Bermula alkisah perjalanan diet aku. Setiap pagi lepas subuh sebelum sarapan apa apa, aku keluar exercise buat larian 5 set! Atleast lima! Lambat atau cepat tp pastikan lima. Kenapa sebelum breakfast? Mengikut kefahaman sekurus munira (ini doa!), kalau kita exercise before breakfast, ianya akan membakar lemak kita. Tapi, andai sebaliknya, ianya akan membakar makanan yang kita makan td. Fahamkan yang itu. Lepas jog, breakfast, pergi kelas and lunch. Tak de control tak blh tu tak blh ni. Tapi pilihan kena tepat. Masa awal awal NO CHICKEN, NO MANIS MANISAN. NASI KURANG DR SENGENGGAM. SAYUR MACAM GUNUNG. Dan akuu bukanlah orang yang makan sayur. Ini kira sacrifice aku untuk kebaikan sendiri juga !! Paksa diri! Akhirnya aku stuck dgn sayur bayam dan kangkung. Ini sayur kegilaan aku sekarang! Kihkihkih. Kesimpulannya satu je- TAK KENAL MAKA TAK CINTAA AWWW MALUUU LAHH zzzzz

Jangan snack yang bukan bukan. Kalau lapar sgt makan karbohidrat yang baik. Kalau dulu makan roti putih, tapi sekarang aku buat anjakan paradigma dgn memakan roti wholegrain. Tak payahlah takut boleh telan tak leh telan. Benda kalau buat 2 3 kali lama lama tekak tu biasa! Petang exercise! Sebelum pukul 7 dinner! Lepastu tu jgn harap nak makan ke apa. Mmg diiet aku masa ni sgt strict (dan aku tak caya aku mampu buat semua tu) betullah bila manusia ckp everything is about mindset. Power tahu! 

Basically, aku berjaya turunkan 5 kg dlm 3 bulan lbh kurang. Itupun lama. Tp aku chill. Aku xnak stress. Even turun 0.5 kg pun aku okay janji turun. Seronok bila angka tu drop drop dan terus drop. Selama ni diet tk penah jadi! Inikalilah baru jadi! Bersyukur sgt! Antara yang sampingan, minum air green tea. Atleast satu hari cheat day! Minum air kosong banyakkkk. Epal hijau sbg snack bila lapar. Dan jangan set goals yang terlalu precise (WELL INI DEPENDS PADA ORANG). Ada certain mmg nak kena ada goal so dia ada aim. Untuk org macam aku. Mmg taknak langsung ada goal! Sbb apa? BILA KITA ADA GOAL, KITA ADA HARAPAN, BILA KITA ADA HARAPAN, KITA ADA HIGHHH POSSIBILITY UTK KECEWA. Dan aku... AKU TAK SUKA KECEWAAA..

Sebenarnya kan, diet ni bukan nak kurus semata tak makan tu tak makan ni. Tapii EAT CLEAN! Makan yang sihat! Banyak sayur less nasi less manis manisan. Benda ni blh works on yr body naturally. Kalau rasa terlebih makan pada 'haritu' so lebihkan workout pada haritu. Balance kan dgn exercise. Mmg makanan berkhasiat tu mahal. Epal hijau mahal! Teh hijau mahal! Kacang almond mahal! Tapi kalau kau fikir logik, makanan yang lain tu murah sbb apa? Sebab tak sihat! Mengemukkan ! Everybody can afford.. So takde apa sgt dibandingkan dgn medical bill tat you hv to pay nnt. K LAH K LAH TAK MARAH. Untuk org yang kurus sejak lahir, dorang mmg x fhm kondisi orang lain. All they can say gemukk gemukk. Dia mana tahu usaha kita. Dia mana tahu struggle kita. Kau watlek je! Pekakkan telinga nnt bila dh kurus mulalah menanya ehhh kau buat apa sampai kurus centu? 

Harapan aku bila dh kahwin nnt dapat lelaki yang selain drpd solat puasa semuaa 😅😅 tolonglah faham gaya hidup sihat. Kalau ditakdirkan dia kurus dr lahir, tlglah ada mindset yang matang skt. Bukannya mentang2 kurus, terus tak jaga makan. Taknak macam tu. Dalam rumah mmg wajib ada makanan sunnah and lain lain yang berkhasiat! Tau awkkk? 

Doakan aku. Aku tengah nak turun lagi 5 kg ya Allah please. Amiin


Love,
Munira.



Wednesday, March 2, 2016

Kau busy ke?



Semoga tak sampai satu masa, bila aku
call korang, and aku terpaksa tanya
"Kau busy ke?"





Tuesday, March 1, 2016

Birthday wishes



Dear Ajirah, 22 September 2015. Masa tu adalah hari anugerah dekan. Tahniah beb, result kau gempak. Walaupun kau lalui macam macam masa akhir sem tu, tapi kau dah pun berjaya buktikan yang susah itu tak selamanya. Kau tabah, aku akui. Kau kuat, aku saksi. Tapi tu semua luaran. Waktu last sem, kau nangis teresak esak. Kadang kau nangis dalam selimut. Kadang kau nangis tiba tiba. Maafkan aku, bukan aku tak prihatin. Bukan maksud aku nak ignore, tapi aku takut, semakin aku bertanya kau mungkin akan semakin sedih.

Waktu kau terima anugerah dekan, kau dapat panggilan. 'Ayah dah takde'. Out of all day, nampaknya Allah dah takdirkan ayah pergi selamanya pada hari kau tiada di sisi ayah. Kau sebak, tapi kau masih lagi tabah. Mata kau merah. Aku faham. Bila kau beredar je dari situ, aku terus tutup muka aku. Lemah gila aku. Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku rasa sedih kerana tak mampu nak buat apa apa.

Aku ikut imue balik pilah. Dengan harapan supaya aku boleh stay dengan kau sepanjang hari tu. Taknak kau rasa sendiri. Tak nak kau banyak fikir yang sedih sedih. Masa tu aku sehelai sepinggang. Aku cuma bawa beg duit. Baju semua tiada. Malah masa tu aku berbaju kurung. Dari hospital, sampai arwah dibawa kerumah sehingga dikebumikan. Aku bersyukur aku dapat hadir masa tu. Suasana pilu sedih semua bersatu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Harini, dah genap 5 bulan. Dan harini hari jadi kau. Kau pula pergi update status begitu. Terus sedih aku dibuatnya tahu? Untuk harini dan hari yang mendatang, doa aku tetap sama untuk kau. Semoga kau bahagia dengan setiap pilihan kau. Semoga kau sentiasa yakin dengan keputusan yang dibuat dan serahkan bulat bulat pada Allah.

Terima kasih sbb selalu luangkan masa untuk whatsapp aku. Especially through my hardest time masa kat jasin. Banyak sangat nasihat yang kau berikan. Aku sedih sangat. Masa tu, kau sorang jelah yang faham aku. Kata kata kau semua membakar especially this part


"salahke kalau aku nak nangis juga?"

"Nangis jela Mun. Kau nangis sebab kau ada hati"


Menangis bukan kerana situasi tapi kerana aku manusia biasa. These words really mean so much to me. Thanks nurafezaajirah untuk dua semester yang suntuk bersama dengan kau. (Dan aku sangat berharap kau tak come across blog aku ni oh tuhann please noo XD)