Macam mana nak kurus? Macam mana nak stay fit? Well obviously aku bukan
orang yang 'layak' utk ckp tentang kurus, body, fit or apa apa yang seangkatan
dengannya sbb BELUMMM PERNAHHH FIT!!! Sedih!
Tp aku nak cerita ttg experience aku selama 23 tahun hidup and dalam
jangka masa tu dah berapa banyak kali aku cuba untuk diet.
First, masa aku form 1. Masa tu aku berjaya turunkan berat sampai 45 kg!
Apa aku buat? Hahahah. Actually aku tak usaha apa2. Yang aku tahu masa tu aku
sedang alami fasa stress. Stress dgn kawan2. Well biasalah tu kan mas sekolah
menengah. Sebab kan stress tu, aku selalu ikut mak aku puasa isnin khamis and
bila time berbuka aku makan nasi sikit gila. Lepas aku hbs makan, aku terus
naik solat semua. Boleh dikatakan aku x byk cakap dengan family. Aku selalu
buat hal sendiri. Tapi, sebenarnya semua benda ni aku tak realise pun. Semuanya
diluar sedar 😞😞😞 tuptup 45 kg kauu!
Diet aku yang kedua! Sebelum aku nak masuk diploma dkt UITM Arau. Masa
tu nekad gila nak kurus! Jadi setiap malam aku akan cycling dekat kawasan rumah
aku ni. Mmg power gila berbasikal sbb dah jadi routine hari hari. Lepastu minum
air banyakkkk sangat. Minum air tu wajib gais! Bayangkan je air kencing yang
keluar tu nnt semua lemak lemak kita. Masa tu body shape up sgt best! Tapi
usaha tu semua terhenti bila start masuk Uitm. Hampess 😞😞😞
Diet yang ketiga adalah waktu habis semester pertama diploma. Masa ni
nekad jugak nak back in track sbb tgh patah hati masa tu. Hewhew. Masa sem
break, almost setiap hari exercise. And masa ni aku amalkan diet atkins. Sumpah
menyesal amal diet ni. This type of diet sangat tak sesuai untuk segemuk munira
😢😢. Iya, badan masa tu kurus. Diet atkins ni diet yang makanlah apa sahaja
protein tp menolak karbohidrat and in this case tak makan nasi. Dah lebih 2 bln
tak makan nasi (kannn? I iz oso cannot percaya myself) Mmg kurus tapi derita
lepastu berat yang turun bukan kekal pun. Itu yg lagi frust tuuu..
Diet yang kelima ( yup 5, yg keempat tu kalau boleh nak simpan sndr 😂). Yang kelima ni waktu aku start sem 4 degree.
Whats my turning point? Masa ni rasa sangat gemuk. Tak boleh jadi. Bila tangkap
gamba ya tohan besar gila aku! Baju? Takyah cte lah muat tak muat! Bosan!!
Erkkkk! Tapi, GAISSS INI DIET
GUAAA YANG PALING JADI DAN KEKALL!! Faham
tak happiness! Finally i hv found the keyssss! Ohoksss.
Bermula alkisah perjalanan diet aku. Setiap pagi lepas subuh sebelum
sarapan apa apa, aku keluar exercise buat larian 5 set! Atleast lima! Lambat
atau cepat tp pastikan lima. Kenapa sebelum breakfast? Mengikut kefahaman
sekurus munira (ini doa!), kalau kita exercise before breakfast, ianya akan
membakar lemak kita. Tapi, andai sebaliknya, ianya akan membakar makanan yang
kita makan td. Fahamkan yang itu. Lepas jog, breakfast, pergi kelas and lunch.
Tak de control tak blh tu tak blh ni. Tapi pilihan kena tepat. Masa awal awal NO CHICKEN, NO MANIS MANISAN. NASI
KURANG DR SENGENGGAM. SAYUR MACAM GUNUNG. Dan akuu bukanlah orang yang
makan sayur. Ini kira sacrifice aku untuk kebaikan sendiri juga !! Paksa diri!
Akhirnya aku stuck dgn sayur bayam dan kangkung. Ini sayur kegilaan aku
sekarang! Kihkihkih. Kesimpulannya satu je- TAK KENAL MAKA TAK CINTAA AWWW
MALUUU LAHH zzzzz
Jangan snack yang bukan bukan. Kalau lapar sgt makan karbohidrat yang
baik. Kalau dulu makan roti putih, tapi sekarang aku buat anjakan paradigma dgn
memakan roti wholegrain. Tak payahlah takut boleh telan tak leh telan. Benda
kalau buat 2 3 kali lama lama tekak tu biasa! Petang exercise! Sebelum pukul
7 dinner! Lepastu tu jgn harap nak makan ke apa. Mmg diiet aku masa ni sgt
strict (dan aku tak caya aku mampu buat semua tu) betullah bila manusia ckp
everything is about mindset. Power tahu!
Basically, aku berjaya turunkan 5 kg dlm 3 bulan lbh kurang. Itupun
lama. Tp aku chill. Aku xnak stress. Even turun 0.5 kg pun aku okay janji
turun. Seronok bila angka tu drop drop dan terus drop. Selama ni diet tk penah
jadi! Inikalilah baru jadi! Bersyukur sgt! Antara yang sampingan, minum air
green tea. Atleast satu hari cheat day! Minum air kosong banyakkkk. Epal hijau
sbg snack bila lapar. Dan jangan set goals yang terlalu precise (WELL INI
DEPENDS PADA ORANG). Ada certain mmg nak kena ada goal so dia ada aim. Untuk
org macam aku. Mmg taknak langsung ada goal! Sbb apa? BILA KITA ADA GOAL, KITA ADA
HARAPAN, BILA KITA ADA HARAPAN, KITA ADA HIGHHH POSSIBILITY UTK KECEWA. Dan
aku... AKU TAK SUKA KECEWAAA..
Sebenarnya kan, diet ni bukan nak kurus semata tak makan tu tak makan
ni. Tapii EAT CLEAN! Makan yang sihat! Banyak sayur less nasi less manis
manisan. Benda ni blh works on yr body naturally. Kalau rasa terlebih makan
pada 'haritu' so lebihkan workout pada haritu. Balance kan dgn exercise. Mmg
makanan berkhasiat tu mahal. Epal hijau mahal! Teh hijau mahal! Kacang almond
mahal! Tapi kalau kau fikir logik, makanan yang lain tu murah sbb apa? Sebab
tak sihat! Mengemukkan ! Everybody can afford.. So takde apa sgt dibandingkan
dgn medical bill tat you hv to pay nnt. K LAH K LAH TAK MARAH. Untuk org yang
kurus sejak lahir, dorang mmg x fhm kondisi orang lain. All they can say gemukk
gemukk. Dia mana tahu usaha kita. Dia mana tahu struggle kita. Kau watlek je!
Pekakkan telinga nnt bila dh kurus mulalah menanya ehhh kau buat apa sampai
kurus centu?
Harapan aku bila dh kahwin nnt dapat lelaki yang selain drpd solat puasa
semuaa 😅😅 tolonglah faham gaya hidup sihat. Kalau ditakdirkan dia kurus dr lahir,
tlglah ada mindset yang matang skt. Bukannya mentang2 kurus, terus tak jaga
makan. Taknak macam tu. Dalam rumah mmg wajib ada makanan sunnah and lain lain
yang berkhasiat! Tau awkkk?
Doakan aku. Aku tengah nak turun lagi 5 kg ya Allah please. Amiin
Love,
Munira.
No comments:
Post a Comment