Dear Ajirah, 22 September 2015. Masa tu adalah hari anugerah dekan. Tahniah beb, result kau gempak. Walaupun kau lalui macam macam masa akhir sem tu, tapi kau dah pun berjaya buktikan yang susah itu tak selamanya. Kau tabah, aku akui. Kau kuat, aku saksi. Tapi tu semua luaran. Waktu last sem, kau nangis teresak esak. Kadang kau nangis dalam selimut. Kadang kau nangis tiba tiba. Maafkan aku, bukan aku tak prihatin. Bukan maksud aku nak ignore, tapi aku takut, semakin aku bertanya kau mungkin akan semakin sedih.
Waktu kau terima anugerah dekan, kau dapat panggilan. 'Ayah dah takde'. Out of all day, nampaknya Allah dah takdirkan ayah pergi selamanya pada hari kau tiada di sisi ayah. Kau sebak, tapi kau masih lagi tabah. Mata kau merah. Aku faham. Bila kau beredar je dari situ, aku terus tutup muka aku. Lemah gila aku. Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku rasa sedih kerana tak mampu nak buat apa apa.
Aku ikut imue balik pilah. Dengan harapan supaya aku boleh stay dengan kau sepanjang hari tu. Taknak kau rasa sendiri. Tak nak kau banyak fikir yang sedih sedih. Masa tu aku sehelai sepinggang. Aku cuma bawa beg duit. Baju semua tiada. Malah masa tu aku berbaju kurung. Dari hospital, sampai arwah dibawa kerumah sehingga dikebumikan. Aku bersyukur aku dapat hadir masa tu. Suasana pilu sedih semua bersatu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Harini, dah genap 5 bulan. Dan harini hari jadi kau. Kau pula pergi update status begitu. Terus sedih aku dibuatnya tahu? Untuk harini dan hari yang mendatang, doa aku tetap sama untuk kau. Semoga kau bahagia dengan setiap pilihan kau. Semoga kau sentiasa yakin dengan keputusan yang dibuat dan serahkan bulat bulat pada Allah.
Terima kasih sbb selalu luangkan masa untuk whatsapp aku. Especially through my hardest time masa kat jasin. Banyak sangat nasihat yang kau berikan. Aku sedih sangat. Masa tu, kau sorang jelah yang faham aku. Kata kata kau semua membakar especially this part
"salahke kalau aku nak nangis juga?"
"Nangis jela Mun. Kau nangis sebab kau ada hati"
Menangis bukan kerana situasi tapi kerana aku manusia biasa. These words really mean so much to me. Thanks nurafezaajirah untuk dua semester yang suntuk bersama dengan kau. (Dan aku sangat berharap kau tak come across blog aku ni oh tuhann please noo XD)

No comments:
Post a Comment